Cikgu Pardzli sibuk menyapu pentas. Cikgu Fitri sedang membetulkan wayar kipas yang sedia betul... manakala cikgu Nizam pula sedang berangan-angan sedang berceramah lagak seorang mufti.
Murid-murid turut diasuh untuk memberikan sumbangan.
Penyediaan gulai batang pisang... sedap hingga menjilat siku. Guru-guru bekerja dengan hati yang riang... tanpa paksaan.. tanpa rungutan.. Itulah guru-guru S.K Relau.
Cikgu Rabonah, Cikgu Suhaila dan Ustazah Rubishah sejak jam 7.00 pagi tadi sibuk melapah lembu..
Walaupun bukan muslim, Cikgu Jaiswar turut membantu... Di S.K Relau tiada sentimen perkauman.
Cikgu Siti Zaleha sibuk memasak gulai batang pisang... nampak macam dah boleh dimakan... tak sabar nak tunggu makan malam... mana dato' Mufti ni...
Tahniah. Semangat kerjasama yg sangat baik.
ReplyDeleteBagus sangat aktiviti SK RELAU..aktiviti keagamaan pun mesti sama banyak dengan aktiviti yang lain..barulah seimbang...
ReplyDeleteGuru-guru SK Relau amat berkerjasama dalam melaksanakan semua aktiviti yang dirancang. Penglibatan waris memudahkan aktiviti dijalankan. Tahniah buat suma warga Sk.Relau.
ReplyDeleteseronoknya bila tengok kerjasama antara guru.
ReplyDeleteSakan macam nak sambut menantu kan...bestnye....apa yang penting "kerjasama...
ReplyDeletewonder pet.. weeeee..
ReplyDeleteKerjasama erat antara sesama guru ! lain kali kalau nak buat kenduri sambut menantu kat sekolah pun tak ada masalah nampaknya !
ReplyDeleteGOTONG ROYONG MCM TU MEMANG BEST
ReplyDelete