Friday 15 July 2011

Penggunaan ICT dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Penggunaan ICT dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Sinopsis



Penggunaan Teknologi Maklumat atau ICT dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu tambahan alat P&P yang berkesan dan bertindak sebagai media yang mampu menghasilkan seni digital bermutu tinggi dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media tradisional. Pendekatan ICT yang baik apabila ICT digunakan secara bijak dan terancang serta mampu meningkatkan proses keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan Seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan cemerlang.

Thursday 14 July 2011

Kerjasama Warga S.K Relau dalam menjayakan Ceramah Perdana Oleh Mufti Kedah.

Guru-guru bertungkus-lumus menyiapkan pentas untuk Ceramah Perdana yang akan berlangsung pada sebelah malam. ceramah akan disampaikan oleh Dato' Syeikh Mohamad Baderuddin bin Haji Ahmad.



Cikgu Pardzli sibuk menyapu pentas. Cikgu Fitri sedang membetulkan wayar kipas yang sedia betul... manakala cikgu Nizam pula sedang berangan-angan sedang berceramah lagak seorang mufti.



Murid-murid turut diasuh untuk memberikan sumbangan.



Penyediaan gulai batang pisang... sedap hingga menjilat siku. Guru-guru bekerja dengan hati yang riang... tanpa paksaan.. tanpa rungutan.. Itulah guru-guru S.K Relau.



Cikgu Rabonah, Cikgu Suhaila dan Ustazah Rubishah sejak jam 7.00 pagi tadi sibuk melapah lembu..




Walaupun bukan muslim, Cikgu Jaiswar turut membantu... Di  S.K Relau tiada sentimen perkauman.





Cikgu Siti Zaleha sibuk memasak gulai batang pisang... nampak macam dah boleh dimakan... tak sabar nak tunggu makan malam... mana dato' Mufti ni... 






Renungan Bersama

Di sini saya ingin kongsikan bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya ini. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan kepada si Pembaca :


1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.


3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."


5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"


6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."


7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."


8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan


9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang