Di negara kita, inovasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua frasa utama. Frasa pertama bermula pada tahun 1981 hingga tahun 1989. Frasa ini lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran literasi komputer di bawah aktiviti kelab komputer sebagai sebahagian daripada pelajaran Kemahiran Hidup. Frasa kedua pula bermula pada tahun 1990 dengan pendekatan yang lebih condong kepada pengajaran berintegrasikan komputer.
Dalam usaha untuk meluaskan penggunaan komputer dalam pengajaran, maka pada bulan Jun 1992, Kementerian Pendidikan telah menjalankan projek terbesar yang terkenal sebagai "Projek Komputer dalam Pendidikan" di 60 buah sekolah menengah. Bagi memperluas penggunaan komputer di kalangan pelajar, maka program ini diperkembang kepada 120 buah sekolah menengah.
Pada tahun 2001, pengajaran berbentuk komputer mula dicuba di 90 buah sekolah bestari di bawah projek Rintis Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan. Dalam projek rintis ini, sebanyak empat mata pelajaran sekolah menengah dan sekolah rendah telah menggunakan perisian kursus yang disediakan secara berperingkat-peringkat. Mata pelajaran yang terlibat dalam percubaan ini ialah Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik. Perisian kursus berkenaan disediakan oleh empat buah syarikat swasta dengan usaha sama Kementerian Pendidikan.
Pengajaran berbantukan komputer ialah pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan perisian kursus yang dibina khas untuk sesuatu kemahiran, tajuk, atau pelajaran. Melalui perisian inilah, pelajar atau pengguna akan mempelajari sesuatu, sama ada secara bersendirian ataupun dengan bimbingan guru.
Melalui pengajaran berbantukan komputer, pelajar dapat terangsang untuk belajar iaitu belajar sendiri tanpa guru, memilih kemahiran atau tajuk mengikut urutan tertentu, mengulang pelajaran beberapa kali mengikut keperluan, belajar mengikut keupayaan dan kelajuan masing-masing, berlatih menyebut, membaca dan menghafazkan sesuatu 46
mengikut model yang diperdengarkan, memperoleh maklum balas segera dalam bentuk teks, suara atau grafik, maklumat tambahan dan sebagainya.
Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis bagi pelajar-pelajar tingkatan tiga. Bagi pelajar tingkatan satu, dua, empat dan lima, tiga kemahiran tersebut ialah bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Di samping kemahiran tatabahasa merupakan aspek penting dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, kita akan dapat melihat bagaimana pentingnya komputer membantu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan melalui kemahiran tersebut.
Dengan menggunakan perisian kursus, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran berpidato, berdebat, berpuisi, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana pelajar dapat mendengar model tentang kemahiran tersebut dengan betul. Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang betul.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, kita dapati bahawa pelajar dan pengguna bahasa Melayu masih keliru tentang cara menyebut beberapa perkataan tertentu seperti bestari, debat, panel, peka dan sebagainya. Dapatkah perkataan tersebut disebut dengan betul? Lazimnya, dalam bahagian lisan, perkataan tersebut akan dipaparkan pada skrin yang kemudiannya disusuli pula oleh suara yang menyebut perkataan tersebut mengikut sebutan baku. Pengguna kemudiannya dikehendaki mengajuk menyebut perkataan itu dengan betul.
Kemahiran membaca pula dapat ditingkatkan dengan mendengar model bacaan yang diperdengarkan. Contohnya, bagaimana pelajar hendak membaca berita, membaca laporan, membaca pengumuman, membaca pantas, menyatakan makna berdasarkan konteks menganalisis maklumat membuat taakulan dan membuat rumusan?
Lazimnya, perisian kursus yang disediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu akan menyediakan panduan dan petua serta latihan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam kemahiran berkenaan. Contohnya, dalam hal membaca berrita, bentuk sebutan, intonasi, dan gaya yang bagaimanakah yang seharusnya diikuti, jika model bacaan berita yang tekal tidak disediakan sebagai panduan pelajar?
Walaupun bacaan seperti yang disiarkan di TV melambangkan jati diri masing-masing, dalam perkembangan bahasa Melayu, harus ada yang baku atau standard sekurang-kurangnya dari segi intonasinya atau sebutannya. Oleh itu untuk panduan sekolah, perisian kursus yang disediakan juga mengambil pertimbangan tentang cara bacaan berita yang betul dan baku.
Di samping itu pemaparan bahan juga disediakan dengan menarik. Contohnya, selain teks, disediakan juga gambar, grafik, animasi dan sebagainya bagi memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk yang sedang dipelajari. Bagi teks tertentu, 47
terdapat juga
Antara kemahiran menulis yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu termasuklah menulis karangan berformat dan tidak berformat. Contoh karangan berformat ialah surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Dengan menggunakan perisian kursus, maka pelajar akan diberikan tutorial tentang cara menulis surat rasmi dan surat tidak rasmi. Penerangan yang terdapat dalam tutorial ini bersifat ansur maju, iaitu latihan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga pelajar mahir menulis surat mengikut format yang betul. Di samping itu, bagi memudahkan pelajar, templat tertentu disediakan dan pelajar hanya dikehendaki mengisikan maklumat yang sesuai ditempat kosong yang terdapat dalam templat berkenaan.
Kemahiran tatabahasa juga merupakan elemen penting yang perlu dipelajari. Aspek tatabahasa ini disampaikan mengikut pendekatan tutorial. Tutorial ialah penerangan tentang sesuatu konsep yang disampaikan dengan memberikan definisi, huraian, dan contoh yang berkaitan. Tutorial disampaikan dengan berperingkat-peringkat, iaitu bermula daripada konsep yang paling mudah sehinggalah peringkat yang lebih kompleks. Setiap peringkat itu disediakan dengan latihan yang sesuai dengan konsep yang diterangkan.
Lazimnya, perisian kursus seperti ini kurang menyediakan latihan berbentuk subjektif. Namun demikian, jika talian berbentuk subjektif diperlukan, contoh atau cadangan jawapan untuk semakan pelajar atau penggunakan disediakan.
Berdasarkan huraian tersebut jelaskan bahawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang terkini adalah dengan berbantukan komputer. Guru-guru perlu menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer di era globalisasi ini. Oleh itu pengetahuan guru dalam bidang ini perlulah lebih meluas dengan mengikuti kursus-kursus intensif yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.
Seterusnya, bagi memantapkan lagi pelaksanaan program pengajaran berbantukan komputer di sekolah ini sewajarnya guru-guru bahasa diberi kursus literasi teknologi maklumat dari semasa ke semasa. Hal ini amat penting bagi menyediakan guru-guru bahasa yang mampu menangani cabaran-cabaran di dalam pengajaran berbentuk maya ini. Selain itu, modul pembanguNan perisian juga wajar ditawarkan kepada mereka bagi melahirkan guru-guru bahasa yang berkebolehan dan berliterasi untuk memproses perisian bahasa melayu dengan menggunakan sistem pengaturcaraan. Modul pembangunan perisian ini juga perlu kerana pada masa ini tidak banyak perisian-perisian bahasa Melayu yang dibangunkan mengikut keperluan kurikulum dan juga budaya Melayu. Sehubungan itu pakar bahasa Melayu dan mereka yang telibat di dalam bidang pengajaran bahasa perlu mewujudkan satu kumpulan pembangunan perisian kursus yang terdiri dari pakar bahasa, pengatur program komputer dan pereka grafik. 48
Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan juga boleh mengadakan pertandingan mereka bentuk perisian bahasa Melayu untuk menambahkan bilangan perisian yang sedia ada dan menggalakkan pembangunan perisian bahasa itu. Dengan pertambahan ini, pengajaran bahasa berbantukan komputer dapat berkembang kerana komputer dan perisiannya dapat membantu meningkatkan pangajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Dengan ini, bilangan pelajar yang mengikuti pelajaran bahasa dapat dijalankan di luar kelas formal dan ini satu strategi untuk mengembangkan bahasa Melayu di dalam dan di luar negeri. Pembelajaran kendiri ini membolehkan pendidikan jarak jauh dijalankan melalui rangkaian internet untuk mencakupi pelajar bahasa yang lebih ramai. Pertandingan mereka bentuk laman web umpamanya merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan dapat memantau usaha memperbanyak lagi bahan pengajaran bahasa Melayu di dalam internet.
Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa inovasi yang berlaku dengan menggunakan komputer sebenarnya dapat menarik minat lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi. Hal ini di sokong oleh kajian Harasim (1989 dan 1990), dan Walther (1996). Sebagai guru bahasa di alaf baru, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu diperluas dan dipertingkat lagi demi mengembangkan bahasa Melayu di alam siber.
Berdasarkan inovasi yang berlaku institusi pendidikan guru dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru. Antaranya:
•Kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi, menyusur internet dan menggunakan alat teknologi maklumat.
•Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran membangunkan perisian dan bahan pengajaran.
Berdasarkan fakta tersebut inovasi yang begitu ketara dalam pengajaran menggunakan teknologi maklumat khususnya komputer ialah:
a) Pengajaran bahasa Melayu menggunakan komputer dapat membantu interaksi pelajar agar lebih interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang diajukan di dalam perisian-perisian kursus dan melalui talian internet mempunyai maklum balas yang tepat dan cepat. Pelajar dapat mengetahui jika jawapan yang mereka berikan itu betul atau salah. Jika salah mereka akan diberi penerangan dan pertolongan dalam talian juga ada disediakan. Jika jawapan mereka betul, pujian yang berbentuk memberi motivasi kepada pelajar akan dipaparkan di skrin. Interaksi ini adalah dua hala antara pelajar dengan komputer.
b) Bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu boleh diprogramkan di dalam bentuk multimedia. Bahan maklumat dapat disampaikan dengan data, teks, imej, video, animasi, bunyi dan suara. 49
Kemudahan multimedia ini membuatkan teks yang dibaca lebih seronok hanya kerana ia disampaikan dengan animasi dan bunyi. Ini membantu suasana pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan dan hidup. Penerangan sesuatu konsep dapat dilakukan dengan mudah. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu membawa alam kehidupan ke dalam bilik darjah dan menjadikan proses pembelajaran lebih realistik. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu timbunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.
c) Aktiviti kelas pula lebih berpusatkan kepada pelajar (
i. Cara pembelajaran juga boleh dilakukan secara kendiri. Dengan kaedah pembelajaran bahasa menggunakan komputer, pembelajaran bahasa boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk di dalam kelas bahasa yang formal atau di dalam makmal komputer. Pelajar boleh mengikuti pelajaran bahasa di rumah, di perpustakaan atau di tempat-tempat lain yang menyediakan perkakasan yang sesuai dan talian internet di dalam suasana yang kondusif untuk pembelajaran mereka. Waktu pembelajaran juga terhad. Dominasi guru juga dapat dikurangkan dan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang malu untuk berinteraksi dan memberi maklum balas di dalam kelas merasa selesa berbuat demikian dengan komputer.
ii. Demikan juga dengan aspek pentadbiran kelas. Penggunaan komputer membolehkan interaksi pelajar dan guru dijalankan walaupun di luar bilik darjah dan di luar waktu pengajaran. Pelajar, guru dan pentadbiran sekolah boleh berinteraksi dengan mudah menggunakan mel elektronik di dalam dan juga di luar sekolah.
iii. Penilaian boleh dijalankan secara komprehensif. Penggunaan komputer membolehkan penilaian dijalankan di dalam talian di mana ia lebih komprehensif. Komputer berupaya untuk mambantu para guru membuat set penilaian, menjalankan penilaian dan menilai set soalan penilaian mereka dan kebolehan pelajar menjawab soalan-soalan tersebut. Soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar boleh dianalisis dan satu kumpulan
50
soalan-soalan berkenaan dipanggil penilaian berkomputer. Penilaian di dalam talian ini juga membolehkan pelajar memilih permasalahan untuk diselesaikan dengan cara mencari maklumat tertentu. Kerja ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Pelajar akan dinilai dari segi kebolehan mereka menilai maklumat, menggunakan maklumat dan mempersembah maklumat mereka dalam bentuk laporan atau persembahan.
iv. Peranan guru sebagai pengemudi ilmu. Peranan guru bahasa adalah lebih sebagai fasilitator dan juga pengemudi ilmu. Tugas guru di dalam kelas yang menggunakan komputer ialah membantu pelajar untuk mencari maklumat, menyusuri laman web yang berkaitan dan menggunakan maklumat yang tersedia untuk menyelesaikan masalah. Guru-guru juga berperanan sebagai pembantu makmal yang dapat membantu pelajar dari segi teknikal.